Wednesday, February 18, 2009

Kursus Pembungkusan,Pelabelan dan Ujirasa Bagi Pengusaha2 Daerah Hulu Selangor,Gombak/Petaling

Kursus yang saya dan Puan Zainon hadir.Dari pandangan saya kemana perginya anak2 muda..........WAKE UP.......... WAKE UP........youngster.Semuanya muka2 VETERAN.Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan pasaran melalui kualiti produk.

Produk IAT

Produk2 IAT usahawan Hulu Selangor,Gombak/Petaling.Semasa kursus ini dijalankan terdapat beberapa pegawai pertanian negeri Selangor dan Kalumpang menjalankan ujian ujirasa produk usahawan.Apabila ianya LULUS ianya akan dihantar ke Pusat Pembangunan Keluarga Tani untuk ujian seterusnya.

MAI RASA

Puan Zainon berkerut2 mukanya apabila merasa produk IAT para2 usahawan.Janganlah macam tu my sister........U don"t like jangan buat memek muka......... terpaksa makan jugak kasi HABIS.

Pembungkusan yang Unik

Pembungkusan yang agak UNIK.Ianya menjadi teka-teki.Adakah ianya coklat,biji asamjawa,kekacang, atau................... u pikir lah sendiri...........

Tuesday, February 17, 2009

KURSUS ASAS PENANAMAN CENDAWAN

KURSUS ASAS PENANAMAN CENDAWAN
````````````````````````````````````````````
TARIKH: 28 FEBRUARI 2009
TEMPAT: LADANG CENDAWAN
BATANGKALI
HULU SELANGOR
MASA : 0900PAGI - 400PETANG
YURAN: RM150.00 @ SEORANG


SILA HUBUNGI PUAN ZAINON 013- 3418202
PUAN NONA 012- 3135672

Wednesday, February 11, 2009

Kursus Pembenihan Cendawan Di Universiti Malaya


Sepanjang kursus ini ada seramai 33orang peserta kursus dari serata Malaysia.Sessi bermula dari jam 9 pagi sehinggalah ke 6 petang.Pada hari pertama dan kedua adalah teori/pratikal.Pada hari ketiga adalah lawatan ke ladang cendawan Encik Nabil(NAS AGRO FARM).Ladang Encik Nabil juga mempunyai makmal yang dilengkapi dengan peralatan pembenihan cendawan yang boleh dilihat dari luar dimana peserta akan mendapat gambaran yang lebih jelas lagi.Alhamdulilah, worksyop ini telah pun selesai dan ianya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang halangan.Disini juga kami ada lampirkan sedikit foto untuk tatapan anda.Sekiranya ada di kalangan anda yang ingin sertai worksyop ini sila hubungi Puan Zainon tetapi ........bukanlah waktu yang terdekat ini.

Thursday, February 5, 2009

Aktikel Di Surat Khabar NSTP

Aktikel mengenai kursus Spawn di Universiti Malaya pada 7 -11 Feb 2009 telah mendapat liputan dari akhbar New Straits Times dan telah disiarkan pada hari khamis 05/02/92009.Kepada sesiapa yang masih ingin mendaftar pada saat2 akhir,kami memohon maaf kerana terpaksa menolak disebabkan sambutannya adalah diluar dugaan iaitu terlalu RAMAI........tapi kami akan cuba untuk mendapatkan khidmat prof2 itu lagi tetapi tak tau lah bila tarikh yang mereka ada kelapangan.Insyaallah kami akan beritahu kelak.