Friday, October 31, 2008

MALAYSIAN MUSHROOM CONFERENCE & FORAY (MMCF 2008)

Persatuan Penyelidikan Cendawan Malaysia akan menganjurkan conference pada 27-29 Nov 2008 Faculty of Science,University Of Malaya,Kuala Lumpur.
Kepada sesiapa yang berminat terutama pengusaha2 cendawan sila layari laman web http://www.ippp.um.edu.my/mmcf2008 untuk keterangan lebih lanjut.
Speakernya adalah terdiri daripada pakar-pakar cendawan sedunia. Bayaran dikenakan untuk menyertai program ini.
Pada 29 nov 2008 pihak penganjur ada menyediakan beberapa activities seperti demontrasi masakan,pertandingan mewarna,jualan berbagai2 jenis cendawan dll.Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Wednesday, October 22, 2008

BULAN RAMADHAN 2008

Asalamulaikum para para pengunjung blog, dah lama saya tak update blog, saya nak kongsi pengalaman kami pada 4 september 2008 bersamaan 4 ramadhan 1429 ladang kami telah dilanda BANJIR .Pada hari itu hujan turun begitu lebat sekali dari pagi hingga lah ke malam,selepas berbuka puasa kami telah menerima panggilan telefon dari seorang rakan mengatakan tempatnya air naik,mungkin ladang kami pun sama air naik.
Kakak ku Zainon bersama suami terus menuju ke ladang, air naik sudah sampai ke aras pinggang mereka hanya mampu melihat sahaja barang2 terapung2 di bawa arus deras.Badan kakak ku lemah longlai langsung tidak berdaya melihat semua peralatan seperti mesin2,freezer, beg media dan lain2 berendam air.
Pada keesokan hari setelah air surut bermula lah OPERASI mengemas dan membersihkan kawasan dan mencari peralatan2 yang telah di bawa arus bertaburan merata2.Bukan sahaja ladang kami yang dilanda banjir, rumah2 berdekatan pun sama.
Kakak ku menangis untuk beberapa hari kerana usaha dia selama ini hilang dengan sekelip mata sahaja.Tetapi dia adalah seorang yang bukan cepat berputus asa,dia cukup tabah menghadapi dugaan yang diberi padanya.Kami akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk membangunkan semula ladang cendawan kami.So sekarang kami pun dah FOBIA, bila hujan turun dengan lebatnya.
Semoga kami berdua akan berjaya pada satu hari kelak begitu juga kepada rakan2 seperjuangan di bidang ini.Inshayallah