BOOTH PAMERAN AGREX 08 DI BANGI,PUTRAJAYA. (INTERNATIONAL CONFERENCE ON AGRICULTURAL EXTENSION 2008)
Wednesday, June 18, 2008
AGREX 08(INTERNATIONAL CONFERENCE ON AGRICULTURAL EXTENSION 2008 16 -19 JUNE 2008 DI BANGI-PUTRAJAYA
Thursday, June 12, 2008
Bengkel dan Demo Citarasa Cendawan Yang Dikendalikan Oleh Puan Nona
Bengkel Usahawan Bersama MEGA UTUSAN
Sekitar mempromosikan mushroom d'light
Wawancara TV3 (Wanita Hari Ini) 02 April 2008
Kunjungan dari pelajar2 MRSM Semalaysia
Pada 11 jun lalu ladang kami telah di kunjungi oleh pelajar2 dari MRSM Semalaysia.Mereka begitu bersemangat lagi mendengar taklimat yang diberi oleh puan zainon.macam2 soalan di tanya.Ada yang bercita2 nak jadi usahawan mcm saya katanya.saya pun berkata, apa2 pun belajar dulu dapatkan keputusan spm yang cemerlang than u decide what to do.
Monday, June 9, 2008
Petikan Utusan Malaysia( 04/06/2008) - Laporan Khas Pasar Raya Besar
PENGUSAHA CENDAWAN GAGAL TEMBUSI PASAR RAYA BESAR ( oleh: Hasnurul Mohamed)
SERDANG 3Jun. - Bukan mudah bagi pengusaha cendawan tiram kelabu,Zainon Ariffin,untuk memasarkan hasil tanamannya itu ke mana-mana pasarraya besar di Selangor. Secara terus-terang, dia memberitahu, pernah cuba untuk memasarkan hasil tanaman itu kepasar raya Giant. "Apabila berbincang dengan pihakpengurusan Giant,dia menyebut tentang rebat ".Katanya kepada saya,Giant akan mengenakan rebat keatas produk saya." Saya tidak bagitu faham dengan apa yang dimaksudkannya itu. Apa yang saya tahu,kalau ditolak rebat,saya tiada untung.Jadi,saya batalkan sahaja niat nak tembusi pasaran Giant,"katanya ketika ditemui di Universiti Putra Malaysia(UPM) Serdang di sini baru-baru ini. Sebagai Pengarah Urusan Genting Permai Resources,Zainon pernah juga cuba untuk memasuki pasaran Jaya Jusco tetapi syarat yang diletakkan agak membebankan. Ini kerana katanya,pasar raya besar diseluruh negara mahu pengeluaran cendawan dilakukan secara besar-besaran. " Mereka mahu kita tanam dan hasilkan dalam jumlah yang besar kerana tidak mahu bekalan cendawan itu terputus." Malangnya, penanaman cendawan berada di merata tempat dan lokasi mereka yang jauh serta pengangkutan yang mengambil masa menyebabkan tempoh hayat cendawan itu tidak mampu bertahan lama,"katanya. Justeru, katanya agak sukar baginya untuk memasarkan cendawan segar ke pasar raya besar. Beliau menambah,sebagai pengusaha kecil dalam bidang pertanian,dia turut cuba membantu penananman cendawan lain untuk memasarkan hasil pertanian. Sehubungan itu,katanya,dia bertindak sebagai "pemborong" dan terpaksa pula menjual cendawan melalui orang tengah. "Masalahnya,apabila kita menggunakan orang tengah untuk menjual hasil tanaman ini, harganya tidak menentu,"katanya. Dia memberitahu orang tengah akan memebli cendawan pada harga RM7 satu kilogram(kg) manakala jika dapat dijual terus kepada peruncit,harganya ialah RM13 satu kg. Oleh itu,dia berkata,penanam cendawan tempatan pasti boleh memasuki pasaran pasar raya besar di seluruh negara sekiranya ada satu ketua pasukan yang boleh menawarkan perladangan secara kontrak kepada penanam cendawan.

Utusan Malaysia ( MEGA ) 21/03/2008
Sunday, June 8, 2008
Citarasa Cendawan
Pada bulan April, 2008, Teraju Reka Sdn. Bhd. sebuah production house telah membuat pengambaran di Ladang Cendawan GPR untuk citarasa cendawan bagi rancangan masakan televisyen. Pengambaran tersebut dijalankan selama 5 hari. Citarasa cendawan telah dikendalikan oleh Puan Nona sepanjang pengambaran tersebut. Ini termasuk promosi yang diadakan di pasar malam di Taman Ehsan, Kepong, Selangor, dan majlis makan malam anjuran PERKIM di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Posts (Atom)