Monday, June 9, 2008

Petikan Utusan Malaysia( 04/06/2008) - Laporan Khas Pasar Raya Besar

PENGUSAHA CENDAWAN GAGAL TEMBUSI PASAR RAYA BESAR ( oleh: Hasnurul Mohamed)
SERDANG 3Jun. - Bukan mudah bagi pengusaha cendawan tiram kelabu,Zainon Ariffin,untuk memasarkan hasil tanamannya itu ke mana-mana pasarraya besar di Selangor. Secara terus-terang, dia memberitahu, pernah cuba untuk memasarkan hasil tanaman itu kepasar raya Giant. "Apabila berbincang dengan pihakpengurusan Giant,dia menyebut tentang rebat ".Katanya kepada saya,Giant akan mengenakan rebat keatas produk saya." Saya tidak bagitu faham dengan apa yang dimaksudkannya itu. Apa yang saya tahu,kalau ditolak rebat,saya tiada untung.Jadi,saya batalkan sahaja niat nak tembusi pasaran Giant,"katanya ketika ditemui di Universiti Putra Malaysia(UPM) Serdang di sini baru-baru ini. Sebagai Pengarah Urusan Genting Permai Resources,Zainon pernah juga cuba untuk memasuki pasaran Jaya Jusco tetapi syarat yang diletakkan agak membebankan. Ini kerana katanya,pasar raya besar diseluruh negara mahu pengeluaran cendawan dilakukan secara besar-besaran. " Mereka mahu kita tanam dan hasilkan dalam jumlah yang besar kerana tidak mahu bekalan cendawan itu terputus." Malangnya, penanaman cendawan berada di merata tempat dan lokasi mereka yang jauh serta pengangkutan yang mengambil masa menyebabkan tempoh hayat cendawan itu tidak mampu bertahan lama,"katanya. Justeru, katanya agak sukar baginya untuk memasarkan cendawan segar ke pasar raya besar. Beliau menambah,sebagai pengusaha kecil dalam bidang pertanian,dia turut cuba membantu penananman cendawan lain untuk memasarkan hasil pertanian. Sehubungan itu,katanya,dia bertindak sebagai "pemborong" dan terpaksa pula menjual cendawan melalui orang tengah. "Masalahnya,apabila kita menggunakan orang tengah untuk menjual hasil tanaman ini, harganya tidak menentu,"katanya. Dia memberitahu orang tengah akan memebli cendawan pada harga RM7 satu kilogram(kg) manakala jika dapat dijual terus kepada peruncit,harganya ialah RM13 satu kg. Oleh itu,dia berkata,penanam cendawan tempatan pasti boleh memasuki pasaran pasar raya besar di seluruh negara sekiranya ada satu ketua pasukan yang boleh menawarkan perladangan secara kontrak kepada penanam cendawan.

No comments: