Wednesday, October 22, 2008

BULAN RAMADHAN 2008

Asalamulaikum para para pengunjung blog, dah lama saya tak update blog, saya nak kongsi pengalaman kami pada 4 september 2008 bersamaan 4 ramadhan 1429 ladang kami telah dilanda BANJIR .Pada hari itu hujan turun begitu lebat sekali dari pagi hingga lah ke malam,selepas berbuka puasa kami telah menerima panggilan telefon dari seorang rakan mengatakan tempatnya air naik,mungkin ladang kami pun sama air naik.
Kakak ku Zainon bersama suami terus menuju ke ladang, air naik sudah sampai ke aras pinggang mereka hanya mampu melihat sahaja barang2 terapung2 di bawa arus deras.Badan kakak ku lemah longlai langsung tidak berdaya melihat semua peralatan seperti mesin2,freezer, beg media dan lain2 berendam air.
Pada keesokan hari setelah air surut bermula lah OPERASI mengemas dan membersihkan kawasan dan mencari peralatan2 yang telah di bawa arus bertaburan merata2.Bukan sahaja ladang kami yang dilanda banjir, rumah2 berdekatan pun sama.
Kakak ku menangis untuk beberapa hari kerana usaha dia selama ini hilang dengan sekelip mata sahaja.Tetapi dia adalah seorang yang bukan cepat berputus asa,dia cukup tabah menghadapi dugaan yang diberi padanya.Kami akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk membangunkan semula ladang cendawan kami.So sekarang kami pun dah FOBIA, bila hujan turun dengan lebatnya.
Semoga kami berdua akan berjaya pada satu hari kelak begitu juga kepada rakan2 seperjuangan di bidang ini.Inshayallah

1 comment:

kulat said...

Assalamualaikum bro ...

Harap dpt bersabar dgn dugaan dr Allah. Memang dah adat hidup kat dunia ni. Byk ujian yg kita kena tempuh dlm mencari yg halal ni.

Insya Allah berkat ketekunan Tuan & Keluarga akan membuahkan hasil. Jgn putus asa mmg ujian diturunkan sblm rahmat diturunkan.

Moga tabah dan terus berjaya .... Kami doakan